fbpx

Contoh Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online

Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Pemilihan nama sesuai untuk perniagaan online oleh syarikat merupakan satu perkara yang amat rumit dan kadangkala mengambil masa yang lama untuk anda mengambil keputusan untuk menggunakannya sebagai nama syarikat anda. Terdapat banyak pemilik perusahaan yang memerah otak bersama rakan perniagaan untuk mendapatkan nama syarikat yang menarik perhatian pelanggan tetapi tidak berjaya untuk dapatkan nama yang baik untuk perniagaan mereka. Nama yang baik melambangkan imej atau menggambarkan bisnes kita kepada para pelanggan yang baru mengenali dan ingin berurusan dengan syarikat anda.

Namun, contoh nama sesuai untuk perniagaan online apa yang sesuai untuk syarikat anda dan bagaimanakah anda ingin tahu nama apa yang sesuai untuk digunakan? Oleh yang demikian, saya akan kongsikan beberapa tips yang amat bermanfaat untuk membantu anda memilih nama sesuai untuk perniagaan online anda sama ada perniagaan konvensional mahupun perniagaan online.

Contoh Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online Yang Boleh Digunakan

Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online Yang Boleh Digunakan

Perkara yang perlu diutamakan apabila anda ingin memilih nama sesuai untuk perniagaan online anda ialah kesesuaian nama tersebut. Sebagai contoh, jika anda menguruskan perniagaan untuk membekal makanan dan bahan mentah, mesti pelik dan tiada kena mengena jika anda namakan perniagaan anda sebagai Kedai Elektrik Ahmad. Apa yang saya maksudkan di sini ialah nama tersebut perlulah ada kaitan dengan sifat perniagaan yang anda tubuhkan.

Apabila anda menggunakan nama perniagaan yang melambangkan jenis perniagaan yang anda jalankan, para pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat atau servis tersebut akan memahami dengan serta merta tentang sifat perniagaan yang anda tawarkan. Kunci utama nama perniagaan anda ialah untuk tidak mengelirukan para pelanggan untuk berurusan dengan anda serta memudahkan para pelanggan untuk mencari khidmat perniagaan anda apabila diperlukan.

Mudah Untuk Diingati

Mudah Untuk Diingati

Bayangkan jika salah seorang dari pelanggan tetap anda sedang bersembang dengan kawannya dan dia ingin mencadangkan kawannya untuk menggunakan servis yang syarikat atau perniagaan anda sedang tawarkan. Apabila kawannya bertanya apakah nama syarikat anda? Maka dia memberitahu kepadanya nama syarikat anda ialah Syarikat Isthmus conglomerate. Anda rasa kawannya akan ingat nama syarikat anda?

Individu tersebut semestinya akan lupa nama syarikat anda apabila dia ingin mengikut cadangan rakannya itu untuk menggunakan servis syarikat anda kerana nama syarikat anda amat susah untuk dieja dan sukar untuk diingati. Nama syarikat yang bagus perlulah mudah untuk diingati. Sebagai contoh, syarikat courier seperti Poslaju sangat mudah untuk diingati kerana namanya berkaitan dengan sifat perniagaannya dan pelanggan boleh mengingati nama tersebut dengan mudah kerana mereka inginkan proses pengeposan barangan mereka sampai ke destinasi dengan cepat atau laju.

Pendek dan Padat

Penggunaan nama syarikat yang pendek dapat memudahkan para pelanggan yang baru untuk mengingati nama syarikat anda. Nama syarikat yang mempunyai 2-3 suku kata minima amat mudah untuk dieja dan diingati. Syarikat Google ialah syarikat carian laman web yang menggunakan hanya dua suku kata serta mempunyai kaitan dengan sifat perniagaannya. Anda juga boleh menjadi lebih kreatif untuk menggunakan akronim sebagai nama syarikat anda. Sebagai contoh, syarikat kasut sukan ADIDAS ialah akronim bagi All Day I Dream About Sports.

Releven Untuk Jangka Masa Panjang

Apabila anda baru sahaja memulakan perniagaan anda, anda tidak kisah sangat dengan nama perniagaan, asalkan orang tahu nama syarikat anda menyediakan khidmat atau servis tertentu. Tetapi, apabila syarikat anda mula menjadi sebuah perusahaan yang makin membesar, nama syarikat anda akan menjadi satu perkara yang perlu dititikberatkan kerana anda semestinya tidak ingin nama syarikat anda yang generik dan tidak fleksibel untuk diiklankan ke seluruh negara, mahupun seluruh dunia.

Sebagai contoh, jika nama syarikat anda ialah Syarikat Aksesori Wanita Sarah dan anda ingin memperkenalkan produk baru seperti aksesori lelaki atau produk aksesori haiwan peliharaan ke dalam model perniagaan anda, semestinya produk tersebut menjadi tidak sesuai untuk perniagaan anda kerana nama syarikat anda khusus untuk menjual produk aksesori wanita. Oleh itu, nama yang “Evergreen” adalah sangat bagus sekiranya anda ingin mengembangkan syarikat anda ke arah yang agak berbeza daripada produk atau servis asal anda. Sebagai contoh, nama syarikat seperti Simply Sarah ataupun Accessory World adalah nama yang memberi maksud yang umum dan tidak spesifik kepada satu jenis produk atau servis sahaja.

Anda boleh gunakan tips yang diberikan di atas untuk membantu anda memilih nama sesuai untuk perniagaan online ataupun offline anda. Jika anda memerlukan bantuan daripada pakar untuk membantu anda dalam proses pendaftaran, pengurusan, serta pemilihan nama syarikat anda, anda boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat melalui link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?