fbpx

10 tip Penyediaan Daftar Syarikat Sdn Bhd

daftar SSM Online

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Untuk menubuhkan atau daftar syarikat Sdn Bhd yang sah, setiap syarikat yang didaftarkan di dalam Malaysia perlulah mematuhi Akta Syarikat 2016 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Akta Syarikat 2016 telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 2 orang individu diperlukan untuk didaftarkan sebagai pengarah syarikat.

Untuk menubuhkan atau daftar syarikat Sdn Bhd, mestilah mempunyai ciri seperti sebuah entiti yang boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri, mempunyai alamat tempat tinggal yang sah, mempunyai aset atas namanya sendiri, dan bersifat kekal abadi.

daftar syarikat sdn bhd

Pakej Penubuhan / Daftar Syarikat Sdn Bhd Kami Terbahagi Kepada 10 Langkah-Langkah Seperti Di Bawah:

3 Set Carian Nama Syarikat SSM

Pemilik Syarikat Sdn. Bhd. yang baru hendaklah menyatakan maksud nama syarikat tersebut dan carian nama syarikat perlulah berkait rapat dengan sifat perniagaan tersebut. Carian nama syarikat yang telah sedia ada tidak boleh diguna pakai oleh pemilik syarikat yang ingin menubuhkan syarikat yang baru.

Draft Dokumen Penubuhan

2 set draf dokumen penubuhan syarikat (daftar syarikat Sdn Bhd) akan disediakan oleh setiausaha syarikat yang didaftarkan oleh pihak anda untuk menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. di Malaysia.

Resolusi Bank

Resolusi Bank/Lembaga adalah suatu dokumen bertulis atau kenyataan yang merekodkan keputusan atau tindakan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah semasa mesyuarat lembaga.

2 Set Pengesahan Dokumen Oleh Setiausaha Syarikat

Adalah dimaklumkan bahawa setiap syarikat memerlukan khidmat daripada setiausaha syarikat (Company Secretary), serta pengesahan dokumen-dokumen untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd (Daftar Sdn Bhd) akan disahkan oleh pihak setiausaha syarikat yang dilantik oleh pihak syarikat, serta merupakan wakil bagi kedua belah Pihak diantara Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Syarikat yang ditubuhkan dibawahnya.

3 Set Dokumen Lengkap Syarikat

Setelah langkah-langkah di atas telah disiapkan, setiausaha syarikat yang dilantik akan menyediakan dan memastikan dokumen syarikat mengandungi penerangan berkenaan sifat perniagaan yang akan dilaksanakan, penyenaraian servis yang ditawarkan, aset dan liabiliti yang dimiliki syarikat, dan dokumen-dokumen lain yang berkenaan adalah lengkap.

1 Set Sijil Saham Syarikat

Sijil saham adalah dokumen undang-undang yang dianggap sebagai bukti pemilikan saham dalam syarikat dan ia terdiri daripada maklumat pemegang saham termasuk nama pemegang syarikat tersebut, tarikh penerbitan, jumlah saham yang dikeluarkan kepada pemegangnya, nombor pengenalan yang terpisah disertakan dengan meterai dan tandatangan syarikat.

  1. Nama dan tarikh seseorang individu menjadi pemilik saham tersebut akan dinyatakan.
  2. Setiap sijil saham mempunyai nombor sijil yang berfungsi untuk memudahkan pencarian sijil tersebut.
  3. Jumlah saham akan dinyatakan di dalam sijil saham tersebut.
  4. Tandatangan daripada pihak berkuasa syarikat yang mewakili syarikat tersebut adalah diwajibkan. Pihak berkuasa syarikat juga akan mengecop sijil tersebut menggunakan cap meterai.

Sijil Penubuhan Syarikat

Sijil Pemerbadanan akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setelah mematuhi prosedur pemerbadanan dan penyerahan Dokumen Pendaftaran lengkap.

Company Super Form ( Section 14 Superform)

Pengisian borang Seksyen 14 akan mengandungi butiran seperti berikut:-

  1. Maklumat syarikat
  2. Maklumat Pengarah/Direktor Syarikat
  3. Maklumat ahli-ahli syarikat
  4. Pengisytiharan
  5. Maklumat Pengisi borang

3 Set Penyediaan & Penggunaan Surat CTC

Salinan diakui sah / Certified Through Copy merupakan salinan kepada dokumen asal yang diakui adalah salinan yang benar kepada dokumen tersebut.

1 Set Buku Daftar, Minit & Sijil Saham Beserta Kemaskini

Setelah kesemua proses di atas telah disediakan, setiausaha syarikat yang dilantik akan menyediakan buku daftar, merekod minit serta memiliki sijil saham yang telah dikemasikinikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tidak semua individu layak tuntuk menjadi pengarah sesebuah syarikat. Antara syarat-syarat untuk menjadi pengarah ialah:-

  1. Berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pemikiran yang waras.
  2. Tidak dikecualikan di bawah seksyen 198 Akta Syarikat, 2016;
  3. Tidak disabitkan muflis
  4. Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan
  • bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
  • telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan;
  • telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan;
  • telah disabitkan atau suatu kesalahan dibawah seksyen 213, 217, 218, dan 539; atau
  • telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah dibawah seksyen 199.

 

Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c) dan (d) hendaklah terpakai bagi hal keadaan didalam Malaysia atau luar Malaysia.

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan dibawah perenggan (1)(a) boleh dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan;

  • Pegawai Penerima; atau
  • Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

 

Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

Walau apa pun subseksyen 91), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perengan (1)(b), (c), (d) atau (e) boleh dilantik semula atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan Mahkamah.

Demikian adalalah sedikit sebanyak informasi berkenaan cara untuk daftar Sdn Bhd. Untuk mendapatkan kesemua maklumat yang terperinci berkenaan penubuhan syarikat, sila klik di link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?