fbpx

5 Nama Syarikat Yang Berjaya

Nama syarikat yang berjaya

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Terdapat pelbagai nama syarikat yang dipilih oleh semua pemilik perniagaan di seluruh dunia, dan kebanyakannya memiliki ciri-ciri yang unik dan menerangkan serba sedikit tentang jenis perniagaan yang mereka sediakan.

Melalui keunikan nama yang digunakan oleh mereka, nama tersebut senang diingati oleh para pelanggan yang mahu menggunakan servis anda. Oleh itu, mari kita lihat 5 nama syarikat yang berjaya supaya anda lebih memahami tentang pemilihan nama yang bagus untuk syarikat anda.

1. Google

Semua orang di seluruh dunia mengenali nama syarikat ini kerana ianya digunakan hampir setiap hari oleh semua pemilik gajet atau komputer. Google menawarkan servis enjin carian kepada sesiapa yang memiliki akses dalam internet.

Namun, apakah yang membezakan syarikat enjin carian ini berbanding pesaingnya? Ya, jawapannya adalah keunikan namanya dan hubung kait namanya dengan servis yang ditawarkannya.

Sebagai contoh, syarikat pesaingnya seperti Bing dan Yahoo juga menawarkan servis enjin carian, namun namanya tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan servisnya.

Perkataan ‘google’ pula menyerupai ‘goggle’ yang bermaksud membuka mata dengan terbuka, atau cermin mata yang mempunyai perlindungan di bahagian mata. Apabila kita bercakap tentang mata, mata digunakan untuk melihat atau mencari sesuatu.

2. A.D.I.D.A.S

A.D.I.D.A.S pula merupakan salah satu produk kasut yang terkemuka di serata dunia. Pemain bola terkemuka dunia seperti Mohamad Salah, Paul Pogba, dan Toni Kroos menggunakan kasut mereka apabila mereka melakukan aktiviti sukan mereka.

Namun, kenapakah produk ini terkemuka di seluruh dunia? Sebenarnya, A.D.I.D.A.S. Merupakan sebuah akronim yang membawa maksud “All Day I Dream About Sports”.

Sekiranya mereka tidak menggunakan akronim sebagai nama jenama mereka, semestinya ianya terlalu panjang dan sukar untuk diingati oleh para pembeli. Jadi, tindakan mereka untuk memendekkan nama jenama mereka dalam bentuk akronim adalah sangat bagus.

3. Microsoft

Microsoft merupakan satu sistem perisian yang pertama di dunia. Dengan adanya syarikat mereka, jualan komputer untuk kegunaan kerja serta kegunaan lain seperti permainan online menjadi realiti.

Microsoft adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Micro (mikro) dan software (perisian). Seperti yang dikatakan pada awal artikel, nama yang mempunyai hubung kait dengan jenis perniagaan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi nama syarikat yang berjaya.

Selain keunikan produk yang ditawarkan, nama merupakan aspek yang paling penting untuk membuatkan para pelanggan mengingati perniagaan anda pada masa yang akan datang. Bill Gates merupakan salah satu jutawan yang paling kaya di dunia disebabkan oleh Microsoft.

4. Nama Syarikat Grab

Nama syarikat Grab merupakan syarikat yang dicipta di Malaysia pada tahun 2012, dan ianya sudahpun menjadi salah satu nama syarikat yang berjaya dan paling dikenali oleh semua penduduk di Malaysia. Mereka menawarkan servis E-Hailing di seluruh Asia Tenggara.

Dari namanya sahaja, para pelanggan sudah mendapat idea berkenaan sifat perniagaan yang dilakukan oleh mereka. Perkataan ‘grab’ atau ‘ambil’ merujuk kepada pemilik kenderaan yang akan mengambil penumpang dan menghantarnya ke destinasi yang dipilih.

5. Foodpanda

Foodpanda ditubuhkan pada tahun 2012, iaitu pada tahun di mana aplikasi online mula meletup. Namun, syarikatnya menjadi salah sebuah syarikat penghantaran makanan yang paling berjaya di Malaysia.

Apakah rahsianya? Ya, namanya merupakan aset yang sangat penting. Foodpanda merupakan gabungan dari perkataan ‘food’ dan ‘panda’ yang merupakan logo syarikat mereka.

Perkataan ‘food’ tersebut membuatkan para pelanggan dapat meneka apakah jenis perniagaan yang ditawarkan oleh mereka. Oleh itu, anda mestilah perlu memilih nama yang mempunyai keunikan dan mempunyai hubung kait dengan jenis perniagaan yang ingin dijalankan.

Sekarang anda sudah nampak rahsia kejayaan di sebalik nama-nama syarikat ini? Oleh itu, anda mestilah berfikir secara masak sebelum anda ingin meletakkan nama syarikat anda. Nama syarikat yang tidak unik dan panjang akan menyukarkan pelanggan anda untuk mengingatinya.

Demikian merupakan 5 nama syarikat yang berjaya. Sekiranya anda sudah tidak mempunyai idea untuk meletakkan 

nama syarikat anda dan memerlukan bantuan daripada setiausaha syarikat yang berpengalaman untuk membantu anda memilih nama syarikat yang sesuai, sila klik di link ini. 

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?