fbpx

Daftar SSM Online Untuk Golongan B40. Grab Cepat!

Daftar SSM Online Percuma

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Berita baik untuk pelajar IPT awam dan swasta juga golongan B40! Anda boleh daftar SSM online tanpa perlu membayar fi tahunan bagi tahun pertama. Nak tahu bagaimana caranya? Jom baca lagi.

Daftar SSM Online Untuk Golongan B40. Grab Cepat!

Ada tak golongan B40 dan pelajar IPT yang berminat untuk memulakan perniagaan? Sebelum tu baca dulu blog kami tentang jenis-jenis perniagaan untuk fahami maksud perniagaan dan kepentingan mendaftar perniagaan. Zaman sekarang ni ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pendapatan lebih. Buat perniagaan kecil-kecilan pun jadilah. Yang penting ianya haruslah berdaftar untuk memastikan kesahihan perniagaan anda.

S​kim Pendaftaran Perniagaan Prihatin

SSM telahpun memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bermula 15 Februari 2021. Dalam SPPP, fi tahunan untuk tahun pertama sebanyak RM60 akan dikecualikan. Tapi daftar SSM online percuma ini hanya untuk tahun pertama saja tau. Jangan lupa pulak bayar RM60 untuk tahun-tahun seterusnya. Takut pulak nanti akan ada denda kelewatan pembayaran fi dikenakan. Atau yang lebih mengerikan, kalau dah bertahun-tahun tak bayar fi tahunan, rekod pendaftaran dengan SSM akan hilang begitu sahaja. Untuk melayakkan diri untuk mendaftar di bawah program SPPP ni, anda perlu memiliki kriteria-kriteria di bawah.

Daftar SSM Online Untuk Golongan B40

Untuk golongan B40, anda cuma perlu menjadi pemilik MyKad atau MyPR yang berumur tidak kurang dari 18 tahun. Anda juga sudahpun mendaftar sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40 dan yang paling penting, anda tidak ada rekod perniagaan yang masih aktif dengan SSM.

Daftar SSM Online Percuma Untuk Pelajar IPT Awam & Swasta

Daftar SSM Online Percuma Untuk Pelajar IPT Awam & Swasta

Untuk golongan pelajar IPT awam dan swasta pula, lebih kurang sama dengan di atas. Anda haruslah memiliki MyKad atau MyPR, anda dah cukup umur melebihi 18 tahun sewaktu membuat pendaftaran dan anda tidak memiliki entiti perniagaan aktif yang berdaftar di SSM. Yang lainnya cuma anda sedang belajar secara sepenuh masa dengan pusat pengajian termasuk Pusat dan Institusi Kemahiran, Politeknik, Kolej atau IPTA mahupun IPTS. Dan pastikan juga pusat pengajian anda tu di dalam Malaysia ye? Kalau dari UK, Amsterdam, India semua, mohon maaf, anda tidak layak.

Jangan lupa sediakan dokumen-dokumen penting termasuk salinan hard copy dan soft copy kad pengenalan depan dan belakang. Untuk golongan B40, anda perlu sertakan permohonan bantuan pinjaman atau geran, dokumen jual beli produk atau perkhidmatan yang berkaitan, gambar pemohon berlatarbelakangkan premis, perniagaan dan juga dokumen-dokumen yang berkaitan. Bagi pelajar pula, selain kad pengenalan, sila sediakan salinan kad pelajar dan surat perakuan pelajar dari pihak pusat pengajian anda.

Daftar SSM di Ezbiz Online

OK. Bila dah layak, bolehlah mula daftar. Sekarang, pergi ke laman sesawang rasmi untuk segala urusan daftar SSM di Ezbiz Online. Kemudian daftarkan profil anda. Sesudah menjalani proses verifikasi untuk pertama kali, sila log masuk semula dan mulakan pendaftaran perniagaan anda.

Di sebelah atas kanan skrin anda, sebelah butang ‘Home’, anda akan nampak butang ‘My Business Services’. Klik butang tersebut, di bawah ‘New Business Registration’, klik ‘New Business’. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan. Bagi menikmati pengecualian fi tahunan SPPP, beri perhatian ke bahagian ‘Incentive (Usahawan B40, Pelajar IPT, OKU)’. Pilih ‘Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM’ dan daftar seperti biasa. Tips dari kami, pilih saja ‘YES’ di bahagian ‘Is Online Seller?’ kerana tiada fi tambahan yang akan dikenakan jika anda pilih ‘YES’ mahupun ‘NO’. Manalah tahu anda akan berkecenderungan untuk membuat jualan di Shopee atau mana-mana platform atas talian satu masa nanti. Yang penting pendaftaran telahpun dibuat.

Setelah selesai pendaftaran tersebut, anda perlu ke pejabat SSM terdekat untuk proses pengesahan. Jangan lupa bawa kad pengenalan sebenar ye? Anda juga akan diminta untuk mengesahkan jap jari anda. Oleh itu, jangan hantar wakil pula untuk urusan pengesahan.

Bagi sebarang pertanyaan atau perkhidmatan kaunter pula, anda perlu membuat temu janji sebelum hadir ke pejabat SSM pilihan. Jika ada sebarang kemusykilan, kami di TAZ Corporate Advisory (M) Sdn Bhd berbesar hati untuk membantu anda. Jika anda atau kawan-kawan perlukan khidmat Setiausaha Syarikat, TAZ sedia membantu dengan hanya RM80 sebulan. Whatsapp kami untuk info lanjut. 

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?