fbpx

2 Carian Nama Syarikat Yang Anda Perlu Tahu

carian nama syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Selepas sakan bercerita tentang maksud perniagaan pada posting yang lalu, jom kita tengok apa carian nama syarikat di malaysia yang sesuai digunakan untuk perniagaan anda berdasarkan Garis Panduan Pendaftaran Nama Perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

Nama ini harus anda kemukakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sewaktu mendaftar nanti. Pilihan nama syarikat yang anda cadangkan itu akan disemak oleh Pendaftar Perniagaan dan akan diberitahu nanti sama ada ianya boleh digunapakai ataupun tidak.

 

Pemilihan 2 Jenis Nama Perniagaan Dalam Carian Nama Syarikat Di Malaysia

Carian Nama Perniagaan Nama Sendiri

Terdapat 2 jenis nama syarikat. 

Pertama, anda boleh menggunakan nama anda sendiri untuk nama syarikat anda. 

Sebagai contoh nama syarikat dengan mengunakan nama. Nama anda ialah Sharifah Rose. Jika anda memilih untuk menggunakan nama sendiri, perniagaan anda juga akan dinamakan Sharifah Rose. 

Sebiji macam dalam kad pengenalan anda. Ringkas bukan? Fi tahunan yang dikenakan pun lebih murah iaitu RM30.00 setahun. 

 

Contoh Nama Perniagaan Dengan Menggunakan Nama Tred

Pilihan kedua ni yang akan diceritakan secara panjang berjela kerana kebarangkalian pilihannya memang tinggi dan kebarangkalian untuk ia tidak diterima oleh SSM juga tinggi.

Melainkan anda mematuhi kriteria-kriteria yang telah diberi. Pilihan ini adalah ‘nama tred’. Fi tahunannya adalah RM60.00 setahun.

 

Carian Nama Perniagaan Mengikut Tatabahasa

Dalam nama tred terdapat 5 aspek-aspek yang harus diambil peduli. 

Pertama sekali, nama perniagaan anda haruslah helok dari segi bahasa. 

Tatabahasa kena betul. Ejaan pun jangan la tunggang-terbalik. 

Contohnya kalau nak buka kedai makan, biarlah nama tu Kedai Makan Rose. 

Peluang besar untuk nama itu ditolak serta merta jika anda letak nama Rose Kedai Makan atau Makan Kedai Rose. 

Dari segi Bahasa Inggeris juga sama. Ianya haruslah mematuhi susun kata grammar yang tepat. 

Contohnya, Rose Trade dan bukan Trade Rose. Do not confuse people, yah

Carian Nama CompanyUnik

Sekiranya anda ingin mencurahkan kreativiti anda ke atas nama perniagaan anda, boleh. Mana tahu, contoh nama syarikat unik boleh membantu anda untuk mencari nama yang unik untuk perniagaan anda.

Apa salahnya. Itu kan perniagaan anda. Sebagai contoh Weshczwecr Communication. 

Ini memang tidak disangkal lagi pasti hanya pemilik dan suku sakatnya sahaja yang faham dan berjaya menyebutnya. 

Penerangan disebaliknya ialah perniagaan ini merupakan sebuah ‘social enterprise’ dan maksud yang tersembunyi ialah We Share Coz We Care. 

Bila dipendekkan jadilah Weshczwecr. Sebutannya pula “weshwerk”. 

Jika anda seperti kawan kita ni, anda haruslah memberi keterangan tentang asal-usul dan makna perkataan tersebut dengan jelas.

Aspek kedua, anda tidak boleh menggunakan perkataan yang terlalu umum seperti Perkhidmatan Jahit, Restoran Makanan atau Pokok Planters. 

Jika anda ingin juga menggunakan perkataan jahit. Mungkin anda boleh berikan sedikit gaya kepada perkataan tersebut dengan menukarnya menjadi Jejahit Resources atau Jajarum Services. 

Yang penting anda harus menjauhkan diri dari “common words”.

Aspek ketiga pula, nama pilihan anda tidak menyerupai nama perniagaan yang sedia ada atau dalam simpanan. 

Kategori ini dibahagikan kepada dua. 

Yang pertama, nama-nama yang tidak boleh digunakan kerana adalah dianggap serupa atau sama. 

Dan yang kedua, nama-nama yang boleh digunakan dan tidak sama. 

Bagi nama-nama yang dikatakan serupa, salah satu contohnya adalah, Hot & Roll. 

Jika anda ingin membuka sebuah lagi perniagaan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Hot & Roll tetapi ianya dinamakan Hot n Roll atau Hot and Roll, ini tidak akan diterima. 

Begitu juga jika anda fefeeling nak jadi adik beradik Neelofa dan ingin membuka sebuah perniagaan sendiri dengan nama N.A.E.L.O.F.A.R atau N-A-E-L-O-F-A-R dengan hanya noktah atau sempang menjadi titik kelainannya, ini juga tidak akan diterima oleh SSM. 

Selain itu, perkataan-perkataan yang tampak berbeza tetapi dianggap sama oleh SSM ialah perkataan yang membawa maksud yang sama termasuk Trade dan Trading, Services dan Servicing dan juga Build dan Builders. 

Selain itu, kata jamak juga tidak diterima sama ada dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris seperti Planter dan Planters atau Kedai dan Kedai-Kedai. 

Dan yang akhir sekali meletakkan perkataan “Baru” atau “New” di dalam nama perniagaan anda. Contohnya Restoran Rahmat Baru atau New Hot & Roll. 

Penambahan ini akan ditolak kerana ianya adalah dianggap sama dengan nama perniagaan anda sebelum ini.

Nama-nama yang dianggap berbeza dan boleh digunapakai pula termasuk nama perniagaan yang susunan katanya berbeza. 

Sebagai contoh Taqwa Teguh Enterprise dan Teguh Taqwa Enterprise dan juga Restoran A&W dan Restoran W&A. 

Selain itu, perbezaan dari segi gabungan perkataan biasa juga dianggap berbeza jika perkataan lain yang digunakan dalam nama perniagaan tersebut adalah tidak sama. 

Sebagai contoh, Kerjasama Makmur Services dan Kerjasama Teguh Services atau Citarasa Ibu Enterprise dan Citarasa Ayah Enterprise.

Keempat, nama pilihan anda tidak boleh berbaur lucah atau membawa unsur-unsur negatif. 

Ianya juga tidak boleh mengelirukan. Sebagai contoh, anda memberi nama Akademi Laut untuk bisnes menjual makanan laut ataupun Restoran Hati untuk sebuah kedai buku yang menjual novel cinta. 

Walaupun anda mempunyai maksud tersirat di sebalik kiasan, ianya akan mengelirukan pengunjung anda. 

Jika kiasan yang anda mahukan, pilihlah Restoran Pokok bagi menggambarkan pengalaman makan di dalam kehijauan alam atau sebagainya. 

Tetapi perkataan ‘Restoran’ masih mampu menggambarkan perniagaan anda.

Nama perniagaan anda tidak boleh menggunakan nama yang mempunyai unsur agama seperti Al Quran Travel atau Jesus Loves You Academy. 

Seterusnya, jika anda peminat setia Anita Sarawak sejak lahir sekalipun, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan namanya sebagai nama perniagaan anda melainkan anda telah mendapat persetujuan dan kebenaran dari individu atau waris beliau. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan nama tokoh-tokoh sejarah, nama panggilan individu. 

Anda juga tidak boleh meletakkan nama perniagaan yang mengelirukan jenis entiti perniagaan anda dari segi undang-undang. Sebagai contoh Kelab Rose atau Yayasan Anita. 

Perniagaan anda juga tidak boleh menggunakan nama singkatan yang sedia ada contohnya Restoran UiTM. Sedangkan singkatan itu telah digunapakai oleh institut pengajian tinggi. 

Singkatan Agensi Kerajaan Persekutuan Negeri dan Syarikat Milik Kerajaan juga tidak boleh diserupai seperti TNB Services atau PIDM Transportation. 

Panjang lebar blog kita harini. Sebenarnya ada banyak lagi tetapan yang ditentukan dalam garis panduan pemilihan nama perniagaan ni. Berita baik kepada pemula perniagaan B40 atau pelajar IPT yang masih belum mendaftar syarikat, anda boleh daftar SSM online percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin sekarang.  

Jika ada yang masih keliru atau ada sebarang pertanyaan, kami amat berbesar hati untuk menjawab sebarang pertanyaan anda mengenai pendaftaran perniagaan dan syarikat. Hubungi TAZ Corporate Advisory (M) Sdn Bhd. TAZ di talian +603-4821 4961 atau anda boleh  Whatsapp kami.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?